Pada kali ini saya ingin berkongsi tanda-tanda kerosakan pada harddisk komputer anda. Harddisk merupakan salah satu komponen utama pada sistem komputer anda. Harddisk berperanan sebagai storan bagi sistem operasi, perisian dan juga data anda. Harddisk yang sihat membolehkan sistem komputer anda beroperasi dengan lebih lancar.
Ok,nak tahu tanda - tanda kerosakan harddisk anda? Berikut merupakan tanda-tanda kerosakan harddisk anda:
1) Sistem operasi windows anda tidak bergerak dengan lancar, kadangkala kerap berlaku 'hang'
2) Akan keluar error seperti windows / os not found.
3) Ambil masa yang terlalu lama untuk boot windows mahupun ketika proses shutdown.
4) Harddisk akan keluarkan bunyi bising seperti bunyi 'tiktiktik' ketika komputer di hidupkan.
5) Suhu Harddisk akan lebih meningkat iaitu lebih panas dari kebiasaannya.
6) Harddisk tidak dapat dibaca ketika dalam paparan BIOS.
![]() |
| Harddisk yang masih dalam kondisi yang cemerlang. |
![]() |
| Contoh harddisk yang dalam kondisi yang tidak elok |
Sebelum berlaku kerosakan pada harddisk anda, mari saya kongsikan tips penjagaan harddisk.
1) Jangan biarkan laptop anda berada dalam keadaan yang terlalu panas. Pastikan laptop anda diservis setiap 6 bulan bagi membolehkan laptop dalam keadaan yang tiptop.
2) Elakkan laptop dari terjatuh atau terhentak . Hentakan atau getaran yang terlalu kuat boleh merosakan harddisk anda.
3) Jangan kerap lakukan proses format. Hanya lakukan proses reformat apabila betul-betul perlu sahaja.
4) Sentiasa menyemak tahap suhu harddisk anda. Jika terlalu panas pastikan laptop dipadamkan sementara.
Ok. dah tahu tanda-tanda kerosakan harddisk anda dan tips penjagaannya. Jom share artikel ini supaya lebih ramai pengguna dapat manfaat darinya.


No comments:
Post a Comment